Friday, May 22, 2009

MOTIVASI UPSR 2009


SK Sungai Dua Gemencheh telah menganjurkan program Motivasi & Bengkel menjawab soalan UPSR pada 22 hingga 24 Mei 2009 bertempat di Glory Beach Resort , Port Dickson.Peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 6 SK Sungai Dua seramai 26 orang.

Monday, April 27, 2009

Sunday, April 26, 2009

MATLAMAT, OBJEKTIF, MISI DAN VISI PSS

1. Matlamat: Terangkan matlamat PSS.
2. Objektif: Berikan beberapa objektif PSS.
3. Misi: Mempunyai satu Misi.
4. Visi: Mempunyai satu Visi.

SEJARAH PSS

1. Pengenalan termasuk penubuhan PSS.
2. Latarbelakang PSS.
3. Senarai ringkas penubuhan PSS termasuk GB dan guru GPM.
4. Lokasi beserta gambar dari mula penubuhan hingga sekarang.
5. Pencapaian-pencapaian/anugerah.
6. Lain-lain difikirkan perlu

BERITA 2




Pada 16 dan 17 April 2009. Pusat Kegiatan Guru Johol telah mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Web khusus kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sebagai langkah persediaan untuk pertandingan Laman Web Majlis Teknopen N9 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Peserta telah menunjukkan kesungguhan dan minat membina Laman Web Pusat Sumber mereka sendiri. Keseluruhannya sebanyak 17 buah sekolah telah mewujudkan Laman Webnya dengan begitu menarik dan kreatif. En. Shafi’e bin Diron PTP PKG Johol merupakan fasalitator bagi bengkel tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua guru GPM di atas kerjasama dan dapat menyiapkan tugasan mereka.

BERITA 1

Rata-rata Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan sedang sibuk mengadakan Bengkel Pembinaan Laman Web Pusat Sumber Sekolah sebagai langkah persediaan pertandingan Laman Web PSS Majlis TEKNOPEN N9 yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Bengkel ini diadakan bagi tujuan melatih Guru Perpustakaan Media (GPM) membina Laman Web PSS sendiri bagi melahirkan guru yang berkemahiran tinggi berkaitan dengan ICT dan mahir dalam penggunaan Laman Web. Sebanyak 5 buah PKG telah mengadakan bengkel tersebut dan akan diikuti dengan PKG yang lain. Tahniah dan syabas kepada guru GPM kerana memberi kerjasama dan sokongan kepada Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan Darul Khusus dan dapat menerbitkan blog. Sekolah manakah yang akan menjuarai pertandingan Laman Web pada bulan Oktober ini..? Sama-sama kita saksikan pada Majlis TEKNOPEN N9.